PENGARAH Hashim Rejab mengakui terkilan dengan sambutan penonton terhadap filem terbaharu arahannya, Orang Perang yang tidak memberangsangkan ketika ini.
Mengulas mengenai luahan penerbitnya, Ain Nordin yang mendakwa filem berkenaan seolah-olah ‘dianaktirikan’ susulan pengurangan slot waktu dan penukaran lokasi tayangan yang terpencil, Hashim berkata dia sangat memahami kekecewaan tersebut.
Bagaimanapun, Hashim mengambil pendekatan realistik memandangkan pihak pawagam beroperasi atas dasar perniagaan dan permintaan semasa.

Hashim harap filem tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan.






