RAMAI masih kurang cakna tentang adab ketika makan di restoran sehingga ada kalanya kelakuan ditunjukkan membuatkan pelanggan lain tidak selesa.
Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pelanggan yang gemar berkumur di sinki tempat mencuci tangan di kedai makan.
Menurut wanita itu, perbuatan berkenaan bukan sahaja kurang menyenangkan malah boleh menyebabkan pelanggan lain hilang selera makan.

Selain kebersihan, layanan baik juga menjadi pilihan pelanggan. -Gambar hiasan AI





