PELAKON Syida Melvin membuka peluang kepada mana-mana individu untuk menggubah lagu bertemakan ‘Laici Kang’ susulan tindakan bekas suaminya yang didakwa memperlekeh perniagaan yang diusahakannya itu.
Syida atau nama sebenarnya Syida atau Nur Syifa Assyida Amirol Melvin, 30, berkata dia enggan membiarkan sindiran tersebut lenyap begitu sahaja, sebaliknya mahu menukar kata-kata ejekan berkenaan menjadi sebuah karya muzik yang menghiburkan.
"Aku ada kerja untuk kalian. Siapa nak reka lagu laici kang, balik kampung, tanam jagung untuk aku? Tolong sat, siapa pandai buat lagu, buat lagu bagi ‘hype’.







