Sukan

Rai kejayaan skuad sepak takraw negara, McDonald’s Malaysia tunai janji beri sumbangan RM50,000

MCDONALD’s Malaysia pada Selasa menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi menyokong pembangunan sukan berkenaan di negara ini.

Ia bersempena meraikan kepulangan skuad kebangsaan yang meraih satu pingat emas dalam acara regu berpasukan lelaki dan satu pingat perak dalam acara regu lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Skuad negara kendalian ketua jurulatih Ahmad Jais Baharun menewaskan Thailand 2–0 dalam perlawanan akhir acara regu berpasukan lelaki, sekali gus menamatkan penantian 36 tahun untuk meraih emas dalam acara tersebut.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh