SETAHUN meninggalkan dunia lakonan untuk melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK), pelakon Janna Nick kini lebih teruja untuk meneroka peluang baharu dalam bidang pengarahan berbanding kembali aktif di hadapan kamera.
Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, berkata meskipun melihat rakan-rakan industri seronok menjayakan pelbagai watak, dia merasakan belum tiba masanya untuk memikirkan soal untuk kembali berlakon.
Sebaliknya, Janna mengakui cita-citanya kini lebih menjurus kepada usaha menjadi seorang pengarah yang baik.







