TEMPOH berpantang sepatutnya menjadi ruang untuk ibu berehat, memulihkan tubuh dan menyesuaikan diri dengan rutin baharu selepas melahirkan anak.
Namun bagi sesetengah wanita, tempoh ini turut menguji emosi apabila terpaksa berdepan dengan sikap orang sekeliling yang tampil dengan pelbagai pantang larang.
Demikian kisah dikongsikan seorang wanita yang meluahkan rasa rimas dengan sikap ibu mentuanya gara-gara suka campur tangan ketika dia melalui fasa berpantang.






