MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan pelawak Jep Sepahtu yang menunjukkan tanggungjawab dalam menunaikan kewajipan membayar zakat sehingga mencecah kira-kira RM1.935 juta bagi tempoh 10 tahun.
Zulkifli menyifatkan tindakan Jep berkongsi rekod pembayaran zakat berkenaan sebagai langkah berani dalam mempertahankan integriti, selain membuktikan komitmennya melaksanakan tuntutan agama.
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat Jep yang benar-benar menjadi wira serta inspirasi kepada asnaf di Wilayah Persekutuan. Kita ambil daripada sudut positif dan doakan yang baik-baik untuk semua.

Zulkifli memuji tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Jep dalam membayar zakat.






