PELAKON Mierul Aiman menepis dakwaan dia meletakkan kadar bayaran tidak masuk akal mencecah RM100,000 untuk membintangi sebuah filem seperti didedahkan oleh Nam Ron sebelum ini.
Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, menegaskan dia tidak pernah mencampuri urusan berkaitan bayaran.
Sebaliknya, kata Mierul dia menyerahkan hal itu kepada pihak pengurusan sepenuhnya yang lebih arif tentang perkara tersebut.







