MENJALANI kehidupan sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai cahaya mata.
Situasi menjadi semakin mencabar apabila seorang ibu yang baharu menimang cahaya mata terpaksa menguruskan anak kecil bersendirian ketika suami berada jauh atas tuntutan pekerjaan.
Dalam keadaan sebegitu, semestinya perhatian dan pengertian daripada pasangan amat diperlukan bagi menguatkan semangat mendepani cabaran yang menguji fizikal dan mental.






