ABANG kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah mengumumkan persaraannya sebagai presiden kelab peminat adiknya bersama Bella Astillah yang dikenali sebagai BASS.
Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Spacedollah berkongsi perkara itu susulan pasangan tersebut sah bergelar suami isteri pada Sabtu.
“Saya selaku presiden BASS ada satu pengumuman yang penting. Hari ini, secara rasmi tamat tugas saya sebagai presiden BASS,” katanya.

Spacedollah mahu beri fokus kepada Ayden dan Ara.






