Viral

Sudahlah tak solat, mengaji al-Quran pun kena lapor! Siswi kecewa sikap penghuni kolej sesama Muslim

BAGI mereka yang pertama kali tinggal berjauhan dengan keluarga demi menuntut ilmu, berdepan pelbagai kejutan budaya di alam kolej sememangnya satu cabaran yang tidak dapat dielakkan.

Pada fasa inilah golongan pelajar bakal mengenali serta tinggal bersama rakan-rakan baharu yang datang daripada pelbagai latar belakang dan perwatakan.

Meskipun ada kejutan budaya yang membawa nilai positif, realitinya masyarakat kerap didedahkan dengan kisah-kisah yang kurang menyenangkan.

Membaca al-Quran merupakan amalan mulia yang dituntut dalam Islam. -Gambar hiasan AI

Itulah pengalaman pahit yang terpaksa ditelan seorang gadis apabila mendakwa kesemua rakan serumahnya langsung tidak menunaikan solat, meskipun kesemuanya beragama Islam.

Menurut gadis berkenaan, sikap rakan-rakannya itu menjadi antara ujian terberat yang terpaksa dihadapinya sepanjang dua tahun menetap di rumah sewa tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘culture shock’ ramai wanita tak bertudung di universiti, teguran tentang aurat dibalas sindiran – "Kau orang negeri miskin, jangan menyibuk"

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh