PELAWAK Shuib memilih untuk tidak melayan luahan ditulis Jep Sepahtu yang mendakwa dirinya masih memainkan sentimen persahabatan demi meraih perhatian umum.
Enggan mengheret kemelut yang sudah lama berlarutan itu ke satu lagi pusingan, Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
“Saya tak ada nak cakap apa-apa. Terima kasih,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar.
Jep sebelum ini menunjukkan perbualan mesej bersama Shuib.





