Hiburan

“Game apa kau nak main ni?” – Jep tiba-tiba ‘meletup’, muak Shuib ungkit isu sama… Tunjuk bukti WhatsApp tak berbalas

SENGKETA antara Jep Sepahtu dan Shuib nampaknya kembali membara apabila pelawak itu tampil membidas rakannya yang didakwa terus memainkan sentimen persahabatan dalam kandungan podcast.

Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, berkata dia sudah muak apabila Shuib berterusan memainkan isu sama dan menjadikan konflik persahabatan mereka sebagai bahan publisiti.

Menurut Jep, dia tidak selesa apabila isu persahabatan mereka terus dibangkitkan sehingga didakwa boleh menimbulkan salah faham dan membuatkan orang ramai bersangka buruk terhadap dirinya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh