BEKAS anggota kumpulan Ruffedge, Amer Munawer Yusoff tampil memohon maaf secara terbuka kepada dua peminat selepas dia menolak permintaan mereka untuk bergambar ketika terserempak di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
Amer, 49, berkata kejadian itu berlaku ketika fikirannya sedang memikirkan hal lain selepas selesai menghadiri pertemuan bersama seorang rakan yang baru pulang dari Syria.
“Saya ingin memohon maaf kepada dua lelaki yang sah peminat Ruffedge yang menahan saya untuk ambil gambar dekat tepi Lot 10, lorong yang nak pergi ke Pavilion KL, tempoh hari.

Amer mencari peminatnya yang kecewa.






