TAK mahu membebankan kewangan selepas mendirikan rumah tangga, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui aspek pengurusan kewangan menjadi keutamaan dalam persiapan perkahwinannya bersama Bella Astillah.
Menurut Syed Saddiq, isu kewangan sering dikaitkan sebagai antara punca berlakunya perceraian, justeru dia mahu memastikan perbelanjaan majlis perkahwinan mereka dibuat secara berhemah.
"Saya kongsikan dengan bakal isteri saya, kita buat yang terbaik sebab nak hantar mesej yang baik. Saya adalah orang yang bercakap berdasarkan data, jadi saya pandang perkara ini secara serius.







