SEMPAT bertemu Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiga hari sebelum pemergiannya, pasangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah tidak menyangka pertemuan tersebut menjadi kenangan terakhir bersama negarawan berkenaan.
Menurut Syed Saddiq, Allahyarham ketika itu kelihatan ceria dan sempat meluahkan rasa tidak sabar untuk menghadiri majlis pernikahan mereka.
Malah, pertemuan selama kira-kira dua jam itu menjadi antara kenangan manis yang akan sentiasa dikenang oleh mereka.

Memori terakhir bersama Tun Hasmah masih segar di ingatan Syed Saddiq.






