BAGI meraikan hari bahagia bersama peminat dan orang ramai, pasangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal mengadakan dua majlis resepsi bertemakan ‘Kenduri Rakyat’ di kampung halaman masing-masing.
Menurut Syed Saddiq, majlis di Muar, Johor akan berlangsung pada 25 Oktober depan, manakala kenduri di sebelah Bella pula dijadualkan pada 31 Oktober di Kota Kinabalu, Sabah.
Jelasnya, perancangan mengadakan kedua-dua majlis berkenaan dibuat dalam tempoh kurang dua bulan dan mereka turut berdepan pelbagai cabaran sepanjang melakukan persiapan, terutama dalam mendapatkan lokasi yang sesuai.

Syed Saddiq dan Bella pilih tema ‘Kenduri Rakyat’ untuk rai orang-orang kampung.






