HASRAT penyanyi Tomok menjejaki sahabatnya, Syuk yang juga merupakan bekas anggota kumpulan New Boyz bukan sekadar mahu bersua muka.
Malah Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 42, memasang impian agar Syuk dapat kembali beraksi bersama New Boyz dalam konsert mereka yang bakal berlangsung pada Disember.
“Saya dah adakan beberapa konsert bersama New Boyz sebelum ini tanpa dia, jadi sebab itu kali ini berharap Syuk dapat sertai kami.

Tomok tidak putus harapan mencari Syuk.






