Viral

Buat main janji taubat, wanita terkedu pintu rezeki tertutup rapat lepas jejak semula kelab malam!

SETIAP perjalanan untuk meninggalkan sisi gelap dan menuju ke arah kebaikan lazimnya sarat dengan ujian yang tidak pernah dibayangkan.

Begitulah iktibar yang dipetik daripada pengalaman seorang wanita apabila berkongsi kisah dukanya diuji kehilangan sumber pendapatan selepas berhenti mengunjungi kelab hiburan.

Berkongsi cerita di Threads, ujarnya, suatu ketika dahulu dia begitu hanyut dengan gaya hidup sosial termasuk ketagihan minuman keras dan rutin ke kelab malam sejurus tamat waktu bekerja.

“Kerja pula pukul 7 pagi hingga 6 petang. Jadi setiap kali tiba hari Jumaat, mesti hubungi kawan-kawan. Banyak betul duit masa tu, pergi naik e-hailing dari Damansara ke kelab,” ujarnya memulakan cerita.

Mereka yang berubah ke arah kebaikan sering diuji dengan pelbagai perkara. -Gambar hiasan AI

Mereka yang berubah ke arah kebaikan sering diuji dengan pelbagai perkara. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, kehidupan tersebut dilalui selama beberapa tahun sehinggalah dia diuji dengan kemalangan bersama rakan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh