RUTIN biasa keluar membeli barang keperluan rumah bersama pasangan boleh membuka ruang dan peluang untuk mengeratkan hubungan suami isteri.
Namun bagi wanita ini, kunjungan ke pasar bersama suaminya bertukar menjadi pengalaman menyedihkan apabila dia ditengking di hadapan orang ramai.
Mengimbau peristiwa pahit yang berlaku itu, ujarnya sebelum kejadian tersebut dia menyedari emosi suaminya berada dalam keadaan tidak baik selepas pertanyaan tentang barang yang ingin dibeli dijawab secara tak acuh.






