Hiburan

Siti Nurhaliza tahan sebak, kongsi momen kucupan terakhir buat Tun Siti Hasmah

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir ke kediaman Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di The Mines Residence, Seri Kembangan, Selangor, bagi memberikan penghormatan terakhir pada Isnin.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, dilihat tidak dapat menahan sebak ketika berada di sisi Allahyarham sebelum memberikan kucupan terakhir sebagai tanda penghormatan.

Tampil mengenakan persalinan serba hitam, Siti sebelum ini menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan yang cukup dekat dengan dirinya.

Siti (kiri) sempat menyapa Tun Mahathir ketika berkunjung di kediamannya.

Siti (kiri) sempat menyapa Tun Mahathir ketika berkunjung di kediamannya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh