PELAKON Zul Huzaimy tidak menganggap babak tidak mengenakan baju dalam filem Bisikan Nafsu sebagai satu kesalahan kerana yakin penonton kini sudah matang dan pandai menilai tuntutan sesebuah watak.
Zul atau Zul Huzaimy Marzuki, 48, berkata dia tidak bimbang sekiranya imej berkenaan menimbulkan rasa kurang senang penonton kerana masyarakat kini berfikiran lebih terbuka berbanding zaman dahulu.
“Antara buka baju watak baik dengan watak jahat ini impaknya berbeza. Kalau watak orang baik di kampung sedang jahit jala buka baju, orang tak cakap apa dan rasa okay saja. Tetapi kalau watak itu jahat, buatlah apa pun orang tetap akan bercakap.

Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






