PENGORBANAN seorang bergelar ibu sering dianggap biasa, namun setiap rutin kecil boleh menjadi kenangan paling dirindui selepas mereka sudah tiada.
Itulah dirasai seorang pemuda selepas kehilangan ibunya yang meninggal dunia sehari selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kisah tersebut dikongsikan seorang wanita yang merupakan jiran kepada keluarga berkenaan di media sosial selepas tersentuh melihat satu kejadian berlaku di hadapan matanya.






