KEPUTUSAN untuk mengejar masa depan sendiri bukanlah mudah bagi seorang anak perempuan, apatah lagi apabila perlu berdepan dengan permintaan keluarga yang dirasakan agak membebankan.
Begitulah dilema seorang wanita yang berdepan situasi kurang menyenangkan apabila ibunya meminta dia mencari pekerjaan berdekatan rumah semata-mata untuk menjaga kebajikan abangnya.
Menerusi satu luahan di media sosial, wanita itu berkongsi konflik yang tercetus selepas dia secara berseloroh memberitahu tidak mahu tinggal bersama abangnya.






