PENYANYI Nadeera Zaini mengakui berdepan tekanan emosi dalam memastikan namanya kekal relevan dalam industri muzik.
Nadeera, 33, berkata proses mempertahankan kedudukan dalam arena seni suara disifatkan jauh lebih mencabar berbanding fasa membina nama pada peringkat awal pembabitannya dahulu.
"Saya memang agak stres untuk mengekalkan nama sendiri dan dalam proses mencari komposer. Ramai di luar sana cakap saya terlalu bergantung kepada Hael Husaini, tetapi hanya saya dan Hael tahu dia banyak mengajar saya.

Nadeera akui bukan mudah untuk mempertahankan nama dalam industri seni.






