ISTERI kepada penyanyi Cat Farish iaitu Shikin mengakui masih dalam proses mengenal pasti gaya pemakaian yang bersesuaian sejak berhijab, Julai lalu.
Shikin, 42, berkata perubahan ke arah menjadi Muslimah yang lebih baik tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya memerlukan proses dan usaha secara berperingkat.
"Sebenarnya keputusan bertudung ini agak berat juga. Jadi apabila kita memutuskan untuk berubah ke arah kebaikan, bukanlah terus 100 peratus.

Cat sentiasa sokong pilihan Shikin.






