KESTABILAN kewangan dan tempat tinggal selesa selalunya menjadi syarat utama sebelum seseorang itu bersedia melangkah ke alam rumah tangga.
Perkara itulah yang menjadi dilema besar buat seorang wanita tempatan, sama ada mahu menerima lamaran lelaki warga Pakistan yang sudah bertahun-tahun menagih cintanya atau tidak.
Menerusi satu luahan di media sosial, wanita terbabit menyuarakan rasa bimbang akan nasib masa depannya memandangkan bakal suaminya itu masih belum mempunyai perancangan yang jelas selepas mereka berkahwin kelak.
“Saya berkawan dengan lelaki dari Pakistan. Kalau hubungan kami okey, saya bercadang nak kahwin dengan dia.

Setiap individu perlu berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan warga asing. -Gambar hiasan AI
“Saya tanya ada kereta dan rumah tak untuk kami duduk lepas kahwin? Dia cakap dekat Malaysia ni dia miskin tapi dekat negara sendiri dia ada rumah dan boleh beli kereta,” ceritanya di Threads.
Namun kata-kata lelaki berkenaan tidak memberi keyakinan kepadanya, malah dia sendiri mengimpikan untuk terus membina kehidupan di tanah air sendiri selepas berkahwin.





