BEKAS anggota kumpulan BigBang iaitu Seungri berdepan satu lagi siasatan polis selepas didakwa menyerang seorang lelaki berusia 30-an.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran, Seungri dilihat berinteraksi dengan lelaki terbabit sebelum mengambil sebotol minuman keras seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Dia bagaimanapun dilihat ditahan oleh individu yang bersamanya sebelum menendang ke arah lelaki berkenaan.






