PENGALAMAN mengalami keguguran anak pertama membantu pelakon Hannah Delisha menghayati watak Nerina yang turut berdepan musibah yang sama dalam drama Dia Perempuan Sialan.
Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, berkata dia bagaimanapun tidak membiarkan pengalaman peribadi itu mempengaruhi emosi ketika berada di set penggambaran.
Menurutnya, sebagai pelakon dia perlu memisahkan kehidupan sebenar dengan watak yang dibawakan agar emosi peribadi tidak mengganggu lakonan.

Hannah memegang watak Nerina dalam Dia Perempuan Sialan.






