PENYANYI Najwa Latif meluahkan rasa penghargaan terhadap sikap suaminya Akwa Arifin yang sentiasa meyakinkan dirinya kelihatan cantik biarpun ketika berdepan kecaman netizen.
Malah, kata Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa binti Abdul Latif, 31, suaminya juga selalu memberikan kata-kata positif dalam menghadapi komen negatif orang lain.
"Sentiasa ingatkan saya cantik. Sekarang bila orang cakap saya tak cantik, ia dah tak menyakitkan hati lagi. Yang penting suami saya rasa saya cantik.







