BABAK pelakon Meerqeen mendukung aktres Hannah Delisha dalam drama bersiri Viu, Dia Perempuan Sialan, menjadi perhatian apabila ada penonton yang berasa kurang senang melihat adegan tersebut.
Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 25, berkata babak berkenaan dilakukan berdasarkan kehendak skrip serta persetujuan semua pihak yang terlibat.
"Secara logiknya, kalau nak dibahaskan tentang perkara ini, saya rasa kalau isteri saya yang berlakon dalam situasi sama pun, saya akan buat benda yang sama juga.

Antara babak yang menjadi perhatian netizen.






