Hiburan

Sarimah sokong luahan pengurus artis isu makanan basi di set penggambaran, saran produksi ambil berat aspek keselamatan

PELAKON Che Puan Sarimah mendedahkan pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital selepas mengalami keracunan dipercayai akibat mengambil makanan yang disediakan di set penggambaran.

Sarimah, 48, berkata dia sendiri pernah berdepan situasi itu namun bimbang aduan yang dibuat akan dianggap bersikap ‘diva’ dan terlalu memilih makanan.

Menurutnya, isu keselamatan makanan tidak wajar dipandang ringan kerana masalah berkaitan perut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau status.

Sarimah berkongsi pengalaman sakit perut selepas menikmati makanan di set penggambaran.

Sarimah berkongsi pengalaman sakit perut selepas menikmati makanan di set penggambaran.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh