PERKAHWINAN sering diibaratkan seperti satu perjudian kerana tiada siapa mampu menjangka sama ada bahtera yang dibina akan membawa bahagia atau derita.
Bagi seorang wanita, tempoh empat tahun melayari bahtera rumah tangga kini terasa semakin membebankan apabila kebanyakan urusan harian terpaksa dipikul di bahunya sendiri tanpa sokongan suami.
Menurut wanita itu, suaminya yang mempunyai latar belakang pendidikan sekolah agama dikatakan kurang mahir melakukan kerja-kerja pertukangan di rumah.

Ada sebahagian isteri lebih berkemahiran berbanding suami. -Gambar hiasan AI





