DILIHAT tenang menjalani kehidupan selepas melalui kegagalan rumah tangga, penyanyi Zizi Kirana berkata dia kini sudah berdamai dengan takdir sejak dua tahun lalu.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, berkata tempoh tersebut digunakan untuk merawat hati dan mencari kekuatan menerusi misi kemanusiaan yang disertainya sejak kebelakangan ini.
“Kalau nak katakan berdamai dengan takdir, selama dua tahun itu saya dah belajar untuk melalui fasa ‘healing’. Itu adalah fasa saya menerima semua keadaan yang berlaku.

Zizi sudah lama rawat hatinya.






