TERHARU dengan keikhlasan seorang peminat cilik, pelakon dan pelawak Zizan Razak sanggup mengetepikan rasa penat selepas mengendalikan sebuah program di Sabah semata-mata mahu bertemu kanak-kanak itu.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 42, berkata pada awalnya dia menerima mesej menerusi media sosial daripada bapa kanak-kanak berkenaan yang menyampaikan hasrat anaknya yang mahu bertemu.
Apa yang lebih menyentuh hati, Zizan memberitahu peminat cilik yang dikenali sebagai Atila itu sanggup membuat tabung sendiri bagi mengumpul dana untuk merealisasikan impian bertemu dia.

Zizan terharu dengan gelagat peminat cilik.






