SETIAP individu mempunyai impian untuk berubah ke arah lebih baik termasuk mendekatkan diri kepada agama.
Namun proses tersebut ada kalanya hadir bersama cabaran dan kekeliruan sehingga memerlukan bimbingan daripada mereka yang lebih arif agar niat baik dapat dilaksanakan dengan cara betul.
Begitulah dilema seorang lelaki yang mengakui mahu berubah serta istiqamah dalam menunaikan solat namun lebih selesa mengenakan telekung ketika beribadah.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Saya seorang lelaki tapi saya selalu solat pakai telekung dan masuk ke ruang solat wanita dalam masjid.

Ruang solat antara jemaah lelaki dan wanita diasingkan bagi memelihara aurat dan mengelakkan salah faham. -Gambar hiasan AI
“Rasa selesa solat di ruang wanita, cuma sah ke kalau saya solat di situ? Kalau ada orang nak salam, saya lapik dengan telekung, jadi tak batal wuduk dia,” ujarnya di Threads.
Walaupun enggan mendedahkan keadaan dirinya namun lelaki ini mengakui ingin berubah ke arah lebih baik dan mencintai solat.
Namun katanya, dia ingin mengenakan telekung ketika beribadah selain meluahkan rasa cemburu apabila melihat golongan wanita mengenakan pakaian solat berkenaan.
“Saya cemburu tengok wanita yang pakai telekung, rasa macam mereka ini golongan yang istimewa,” luahnya lagi.
- Seorang lelaki mengakui mahu berubah dan istiqamah menunaikan solat, namun lebih selesa memakai telekung ketika beribadah.
- Dia turut memasuki ruang solat wanita di masjid kerana berasa lebih selesa, selain mendakwa telekung membuatkannya lebih bersemangat untuk bersolat.
- Pengakuan itu mencetuskan kebimbangan warga maya terutama berkaitan aurat, keselamatan, privasi dan keselesaan jemaah wanita.
- JAKIM menjelaskan bahawa Islam melarang lelaki memakai pakaian khusus wanita dan wanita memakai pakaian khusus lelaki.
- Lelaki sepatutnya bersolat di ruang atau saf lelaki, namun larangan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk terus memutuskan solatnya batal.
Tambah pemuda ini lagi, pemakaian telekung membuatkan dirinya berasa lebih bersemangat untuk menunaikan solat serta berkunjung ke surau atau masjid.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meluahkan kebimbangan mengenai aurat muslimah yang lain.
“Sebagai niqabis, saya rasa tak tenang apabila tahu perkara ini, sepatutnya tak boleh sebab aurat kami tak terjaga di ruang solat yang ditetapkan.
“Jangan buat macam itu, sia-sia Allah pelihara wanita-wanita tersebut dan niat solat awak tak menghalalkan awak masuk ke kawasan wanita.
“Salah lelaki solat dengan telekung sebab itu pakaian wanita, lelaki tak boleh pakai pakaian wanita,” demikian reaksi netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ‘boyfriend material’ tapi terfikir nak putus, wanita terganggu sejarah hitam kekasih
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video
Berdasarkan penjelasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Islam melarang seseorang sengaja menyerupai jantina lain menerusi pakaian yang khusus kepada lelaki atau wanita.
Tambahan pula secara lazimnya, masyarakat mengetahui bahawa telekung adalah pakaian solat bagi golongan wanita.
Daripada Abu Qatadah R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (Maksudnya): Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki. (Riwayat Abu Daud 4098).
Dari sudut tertib berjemaah, lelaki sepatutnya berada di saf atau ruang yang disediakan untuk jemaah lelaki dan tidak memasuki bahagian wanita sesuka hati.
Malah tindakan memasuki ruangan solat wanita boleh menimbulkan isu aurat, keselamatan, privasi dan ketidakselesaan jemaah wanita.
Walau bagaimanapun, larangan tersebut tidak sewajarnya digunakan untuk terus memutuskan bahawa solat individu terbabit batal kerana kesahan ibadah perlu dinilai berdasarkan syarat dan rukun solat serta keadaan sebenar.





