KASIH sayang terhadap seseorang kadangkala membuatkan individu sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi kehendak insan yang disayangi.
Itulah pengalaman dikongsikan seorang lelaki apabila dia sanggup menghabiskan wang terakhirnya semata-mata mahu memenuhi permintaan teman wanitanya.
Menurut lelaki itu, dia pernah menghantar sehelai tudung jenis shawl kepada teman wanitanya dengan menaiki e-hailing.






