PERSEDIAAN kewangan yang kukuh sememangnya menjadi tiang utama buat mereka yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.
Malah, kebanyakan bakal pengantin biasanya membuat tabungan awal demi memastikan majlis hari bahagia mereka berjalan lancar tanpa bebanan hutang.
Namun menurut seorang wanita, dia berdepan situasi sebaliknya apabila mendapati wang tabungan pasangannya tidak mencukupi menjelang hari bahagia.

Banyak wang perlu digunakan bagi menjayakan sesebuah majlis. -Gambar hiasan AI





