TERDAPAT sebahagian ibu bapa muda masa kini dilihat seolah-olah tidak mengendahkan keselamatan anak kecil apabila tergamak membawa bayi mereka ke kawasan perhimpunan awam yang sesak.
Terbaharu, seorang wanita meluahkan kebimbangan selepas melihat sepasang suami isteri membawa bayi mereka ke acara Keretapi Sarong 2026.
Menurut wanita itu, dia terkejut melihat bayi yang dipercayai baru berusia beberapa bulan berada di tengah-tengah lautan manusia, ditambah pula dengan keadaan cuaca jerebu yang berisiko.

Ada ibu bapa tidak mempedulikan risiko kesihatan terhadap anak kecil di tempat sesak. -Gambar hiasan AI




