PANTAS mengambil tindakan, penyanyi Siti Nordiana membuat laporan ke atas pengendali platform TikTok susulan tular gambar dia berpelukan dengan seorang lelaki yang dijana menggunakan teknik kecerdasan buatan (AI).
Kata Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 42, dia turut meminta kelab peminat melakukan perkara sama agar imej berkenaan tidak terus disebarkan.
Nana ketika dihubungi mStar pada Khamis memberitahu hasil pemerhatiannya mendapati pengendali akaun berkenaan sudah pun menurunkan kandungan yang dimuat naik.

Peminat Nana juga sentiasa memantau jika ada penyalahgunaan gambar penyanyi kesayangan mereka.




