ENGGAN kekeliruan terus berlaku, pelakon Dayana Roza tampil memberikan penjelasan mengenai dua premis perniagaan yang sering dikaitkan dengannya iaitu SBC Ampang dan Supreme Barbeque Club.
Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 35, berkata dia tidak lagi mempunyai sebarang kaitan, penglibatan, pemilikan atau hubungan perundangan dengan kedua-dua perniagaan tersebut.
"Sepanjang tempoh perkahwinan, saya berada dalam keadaan mempercayai bahawa saya mempunyai penglibatan dalam perniagaan tersebut dan telah menandatangani beberapa dokumen yang diberikan kepada saya pada ketika itu.

Kenyataan yang dikeluarkan Dayana untuk mengelak salah faham orang ramai.







