PENGALAMAN luas berkhidmat selama 26 tahun dalam dunia korporat langsung tidak menjamin laluan mudah buat seorang lelaki apabila dia kini berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan baharu selepas mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
Lebih menambah rasa pilu, dia dipercayai menghantar lebih 40 permohonan kerja di pelbagai tempat, namun kesemuanya tidak membuahkan hasil.
Kisah duka itu dikongsikan oleh seorang bekas rakan sekerjanya yang bersimpati melihat nasib dan perjuangan individu berkenaan menerusi satu hantaran di sosial media.






