Hiburan

“Jangan bising pula di luar, mengata di belakang cakap produksi bayar murah“ – Nam Ron tegur pelakon merungut selepas setuju harga tawaran

PELAKON Nam Ron menegaskan setiap anak seni mempunyai hak mutlak untuk menolak sebarang tawaran lakonan jika tidak bersetuju dengan kadar bayaran yang ditawarkan.

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 56, berkata langkah itu adalah jalan terbaik bagi mengelakkan diri daripada ditindas berbanding bersetuju menerima pada peringkat awal namun merungut di kemudian hari.

Menurutnya, ia dianggap tidak profesional apabila segelintir pelakon mula membuka cerita di belakang dengan mendakwa produksi tidak menghargai bakat dengan memberikan bayaran yang rendah.

Nam Ron berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh