ISU melibatkan komuniti Rohingya bagaikan tiada kesudahan apabila pelbagai gelagat dan ragam mereka terus menguji kesabaran warga tempatan.
Terbaharu, seorang lelaki membongkar tindakan kanak-kanak Rohingya yang sering dilihat menjual tisu dan meminta sedekah di sekitar Ampang, Selangor, dipercayai menggunakan sebahagian wang hasil sumbangan orang rama untuk bermain permainan video Play Station 5 (PS5).
Dakwa lelaki itu, kanak-kanak yang sering mengenakan baju Melayu berkenaan dikatakan meminta wang daripada orang ramai di beberapa lokasi tumpuan termasuk sekitar restoran dan sebuah hospital swasta.

Kanak-kanak Rohingya sering dikatakan menganggu penduduk setempat. -Gambar hiasan AI





