BELUM sempat reda kesedihan akibat kehilangan suami, seorang wanita diuji lagi apabila hampir menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa arwah mempunyai tunggakan hutang.
Lebih mencurigakan, lelaki berkenaan mendakwa dia adalah junior di sekolah lama arwah sebelum memberitahu kononnya suaminya masih mempunyai baki hutang RM1,500.
Menceritakan semula insiden itu, dia memberitahu menerima panggilan daripada individu terbabit dalam tempoh tidak sampai seminggu selepas suaminya meninggal dunia.






