SEORANG atlet wanita mencetuskan kontroversi selepas dipercayai mengalami masalah membuang air besar tanpa kawalan ketika menyertai acara kecergasan Hyrox Beijing.
Lebih mengejutkan, atlet berkenaan tetap meneruskan perlumbaan sehingga ke garisan penamat meskipun berdepan situasi memalukan itu.
Foto dan video yang tular di media sosial China pada Ahad menunjukkan peserta terbabit meneruskan beberapa cabaran termasuk burpee lompat jauh dengan kesan najis dilaporkan kelihatan pada kakinya.





