RAMAI beranggapan tapak perkhemahan dan taman rekreasi merupakan kawasan milik awam yang boleh diakses serta digunakan secara percuma tanpa perlu meminta izin.
Namun hakikatnya, sesetengah lokasi sedemikian dibangunkan di atas tanah persendirian dan pengunjung perlu membuat bayaran bagi menggunakan tapak serta kemudahan yang disediakan.
Maka tidak hairanlah salah faham antara pengusaha tapak perkhemahan dan pengunjung boleh berlaku seperti dialami seorang pengusaha ini.
Kejadian bermula apabila sebuah keluarga warga asing datang berkelah secara semborono tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

Tapak perkhemahan merupakan lokasi popular yang sering dikunjungi. -Gambar hiasan AI





