IBU kepada pelakon Elfira Loy iaitu Filzah Yusoff menghembuskan nafas terakhir pada Ahad selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan susulan prosedur intubasi di hospital.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Elfira menerusi hantaran di Instagram Story dan memohon orang ramai menitipkan doa buat arwah ibunya itu.
Menerusi hantaran berkenaan, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 32, memaklumkan jenazah Allahyarham kini sedang diuruskan untuk urusan pengebumian.

Hantaran Elfira di Insta Storynya.






