SUDAHLAH diuji dengan musibah hilang tempat tinggal, kini sebuah keluarga terpaksa pula menahan rasa sakit hati akibat menjadi bahan umpatan orang sekeliling.
Pengalaman pahit itu dikongsikan oleh seorang wanita selepas rumah keluarganya musnah dalam satu kejadian kebakaran.
Disebabkan kediaman mereka tidak lagi selamat diduduki dan dipasang garisan keselamatan oleh pihak bomba, keluarganya terpaksa menyewa di tempat lain sementara waktu.
“Rumah aku terbakar dan kena seal kuning dengan pihak bomba. Jadi kami terpaksa menyewa. Apabila tiba waktu makan, aku bawalah keluarga jamu selera dekat kedai dan ada juga kami bungkus nasi,” luahnya di Thread.

Menikmati hidangan di luar dapat mengurangkan beban keluarga yang ditimpa musibah. -Gambar hiasan AI
Bagaimanapun tanpa diduga, tindakannya membawa keluarga makan di kedai bagi mengisi perut mula menjadi bahan bualan panas penduduk kampung.





