TANYALAH mana-mana ibu bapa, mereka pasti akan meletakkan anak sebagai keutamaan dalam apa juga situasi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal kesihatan.
Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila majikannya tergamak mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati terhadapnya selepas memberitahu tidak dapat menghadiri majlis makan malam syarikat.
Ini disebabkan anak lelakinya perlu menjalani pembedahan pada hari sama dengan majlis tersebut.

Majikan perlu mendengar masalah dan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap kakitangannya. -Gambar hiasan AI





